Showing posts with label buah fikiran. Show all posts
Showing posts with label buah fikiran. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

haiwan dan diri sy~

peer-teaching hari ni sgt best..seriously, sbb, dalam satu kelas tu, Teacher Ellisa, suruh kami murid-murid ni lukis satu gambar haiwan yg kite suke and haiwan tu, mcm symbolise diri kite...ha.....kire macam nk mengenali diri la ni..macam seminar motivasi lak..tp, mmg menarik la aktiviti ni...masing2, tekun je melukis haiwan yg disukai...dan sy telah memilih......
.
tadaaaa!


seekor rama-rama...
(tiba2 teringt lagu rama2 mase darjah 2 yg berbunyi begini: rama-rama terbang melata, hisap madu dipohon bunga, sungguh cantik aneka warna, tapi syg, hidup tidak lama.....best kan lagu ni? - baik angguk!)
kenape rama2 ye?yela, mula2 nk buat kuda..tp, xreti lukis...tp, seriously, rama-rama dan kuda..adalah haiwan kegemaran sy...
rama-rama: berwarna-warni, bebas cause boleh terbang, makan madu, tp, xhidup lame...hmm kalau difikir2, mcm kehidupan kite sbgai seorg manusia...
.
yela..aneka warna yg ad tu umpama mewakili setiap element yg hadir dalam hidup kite...bright colours may represent our family, happiness, success and other positive things..while the dark or dull colours may symbolise the negative experience or feeling that we experienced...warna2 ni lah yg mematangkan kite, sbb, xkirela pengalaman or kenangan tu manis ke pahit ke, akan ad sesuatu yg boleh kite ambik iktibar...kan?
.
then, makan madu...madu ni, bagus untuk kesihatan, manis...yela, kite manusia ni,patot feed our soul dgn makanan2 yg baik,ilmu yg bermanfaat, yg membina rohani dan jasmani...dari sudut yg lain, rama-rama ni ambik madu dr bunga kan...umpama kite la manusia ni, cubalah ap2 pun berkaitan dgn org lain, selain diri kite, kite ambik and pk pasal yg positif je pasal org tu...huhuhu agak sukar tu...tp, xsalah mencuba kn...
(wahai diri, berusahalah!)
.
yela, hidup ni singkat, selagi boleh terbang di bumi Allah ni, terbangla, tp jgn sampai lupa arah dan tujuan kehidupan kite yg sebenar...
.
-sesi refleksi diri

Saturday, July 17, 2010

lakaran pengalaman


sambil aku duduk bagi ikan blog aku makan,
aku memasang telinga mendengar ayah saudara aku
berbual dengan seorang lagi chekgu...
mereka tunggu students naik rehat...
selepas ini, masing-masing ada kelas lagi yang hendak diajar...
apakah yang mereka bicarakan?
mereka berbicara tentang
rumah, tanah,kawasan strategik, kos pembinaan, pinjaman, kenaikan harga dan sewaktunya...
ya, mendengarkan mereka berbicara,
aku terkenangkan suatu ketika dahulu,
tika rumah kami yang dikelilingi hutan itu baru siap dibina...
alhamdulillah, kawasan rumah kami kini sudah dimajukan...
dan sekarang ada 2 rumah yang sedang dibina disebelah rumah kami...
kalau tidak, sebelum ni, rumah kami solo kat situ...
dan masih kuingat,
ayah menambun sendiri pasir dan batu-batu
untuk dibuat jalan menuju ke rumah kami...
begitulah jerih perih ayahku yang amat aku sayangi...
beberapa bulan kemudian,
barulah ada jentera-jentera yang datang menurap jalan terbabit..
itulah jalan yang ada sampai sekarang..
pengalaman yang takkan aku lupakan:

1) malam-malam, akan ada 1 keluarga haiwan berwarna 'pink' melintas jalan...
trademark keluarga ini: yang dewasa (mungkin ini bapa) akan mengetuai barisan...diikuti anak-anaknya (ada 3 ekor) dan akhir sekali, dewasa (mungkin ini ibu) yang mengawasi pergerakan..AMARAN--> jadi, jangan cuba-cuba teruskan perjalanan seandainya 'one complete set' tidak habis melintas jalan ^_^

2) rumah kami dipecah masuk orang, tekalah berapa kali....7 kali...siap spray tanda 'X' lagi pada dinding, semasa kegiatan mencuri kali ke-3 dilakukan..extreme~-habis kene cat dinding..kesian adik, bilik beliau menjadi mangsa...
-habis radio ayah, kene tolak ke kedai besi buruk
(untuk makluman, orang tersebut yang pecah masuk ke rumah kami, tolak radio ayah tu di kedai kawan ayah yang maklum akan kejadian tu..beliau menelefon ayah & pabila terlihatkan radio itu, confirm, itu radio kami...kantoi di situ =.=")

3) rumah diserang segerombolan pengganas bermotor.mereka mengetuk2 pintu pagar rumah dengan kayu...cuak...yang ada tika itu, aku dan adik-adik, makayah keluar..apa lagi, cepat2 call ayah..then, ada jiran tolong tengok, RUPA-RUPANYA... mereka hanya mahu bagi DAGING KORBAN, yang trigger mereka untuk ketuk pagar dengan kayu sebab kami adik-beradik tidak keluar rumah...hehehe
iyelah, masakan mahu keluar kalau mereka yang ramai itu berkelakuan sebegitu...(kalau korang, tak cuak ke?hehe -gambar hiasan semata-mata)
demikianlah antara pengalaman-pengalaman yang tertulis sepanjang aku tinggal di suatu tempat yang bernama PULAU SERAI...
*sekarang, di kawasan ini, sudah ada, MRSM, SBPI, SK PULAU SERAI, UMP pun dekat, dan bakal dibina, INSTITUT KEMAHIRAN (berkaitan dengan kapal terbang, nanti confirmkan semula)

Sunday, July 11, 2010

kadang-kadang, aku terfikir...

kadang-kadang, aku terfikir:

"manusia adalah saling memerlukan"


ini kerana, seorg insan yg walaupun lengkap, sempurna anggotanya, tetap tidak akan mampu mengharungi segala liku-liku kehidupan hanya dengan bersandarkan kekuatan dirinya semata-mata...
dorongan, sokongan dan restu daripada insan-insan di sekeliling yang bernama keluarga, sahabat merupakan pembakar semangat untuk seseorang itu lebih maju ke hadapan...
tika ini, aku terkenangkan seorang insan yang baru bangkit dari kekalahan lalu yang sudah memasang azam dan meneguhkan tekadnya untuk melakar kejayaan dalam pelayaran hidupnya. kata-katanya kepadaku:

"sokongan dan semangat yg diberikan oleh org disekeliling kita adalah senjata utama untuk kita terus bangkit dalam hidup ni..tapi, ap yg paling penting, hubungan kita dgn Allah harus dijaga dan sentiasa diperbaiki..."

ya, tewasnya insan ini pada masa lalu telah membuatkan hatinya kembali menemui kuasa penenang Yang Mutlak...doa, usaha dan tawakal menjadi pegangan hidupnya...
(semoga kau sentiasa beroleh kejayaan)
Justeru, sekali lagi aku terfikir bahawa:

"tak perlu lah nak mendabik dada mengatakan yg diri kite bisa berdiri teguh sendirian"

kerana, usaha kita tidakkan membawa sebarang hasil tanpa izinNya..dan kita tidakkan bisa berdiri sendiri tanpa mendapat sokongan dan dorongan daripada mereka yang ada di sekeliling kita...kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin ke arah kejayaan seseorang~