Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

penghangat kedinginan malam

saat ini, hanya dikau penemanku, menghangatkan diri ini yang dimamah kesejukan malam,andainya kau tahu betapa kumenghargaimu, betapa dalamnya perasaanku terhadapmu,pasti dikau akan tersenyum...
(khas untuk 1 jug air teh yang menemani aku *hehehehe)
seriously, aku sangat2 menggemari air teh ni...time belajar di maktab, memang wajib ada stok uncang teh dalam gobok huhu family aku pun sekarang ini minum air teh sebagai ganti kepada 'caffeinated drink'...sambil aku minum air tadi, aku terasa macam nak menambah pengetahuan aku mengenai kebaikan teh..pernah suatu ketika dahulu, aku terbaca pada banner di hospital, 1 cawan air teh tanpa gula adalah bersamaan dengan 0 kalori...yelah, takkan lah nak minum xde gula...letak lah 1 sudu kecil, sudah memadai...
dan berikut merupakan beberapa fakta kesihatan yang menarik yang aku baca adalah teh diperkaya dengan:
1 - Vitamin B (*kekurangan vitamin B boleh dapat penyakit beri-ber)
2 - Vitamin C (*berfungsi sebagai antioksida & bantu penyerapan zat besi)
3 - Vitamin E (*bantu cegah kanser)
4 - Vitamin K (*mempercepatkan pembekuan darah -luka)

* quoted from:http://kesehatan.kompasiana.com/group/makanan/2010/06/27/vitamin-untuk-tubuh-manusia/


Dan kalau nak tahu, vitamin B2 dalam teh ni adalah sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding yang terdapat dalam bijirin dan sayuran. Dua uncang teh hijau mengandungi vitamin C yang sama dengan segelas besar jus. Then, teh juga dapat meningkatkan daya melawan penyakit, membantu dalam penurunan berat badan (teringat bahawa seorang senior aku, Kak Intan pernah menegur aku ketika aku sedang menikmati air teh 'o' limau suam aku di cafe maktab : "Una ni jage badan?selalu tengok minum air ni" huhu) dan boleh membantu meredakan panas badan..(memang betul, try lah, selepas beriadah, minum air teh suam..berpeluh dan cepat sejuk rasa badan)

sumber:http://www.tipsdanpetua.com/amalkan-minum-teh-hijau-setiap-hari/#more-131

apakah pendapat anda?berminat?cubalah!!








Saturday, July 31, 2010

zaman kanak-kanak dan mereka

time aku kecik2, aku slalu ikut ayah aku g padang, training team bola...ayah aku ngajar PJ time 90an kat SHAH Pekan dulu..then, ayah aku ajar sejarah..huhu best la time ni, coz kakak2 and abang2 atlet and footballer seme best hehe *ap ayat aku ni??


(ni ngn abg burnt and abg azam)
aku still ingt time form 5, ad abg mad kacang dtg sekolah, n masuk kelas aku..time tu mase BM, Cikgu Halimatu punye masa...
then die tanye, "Husna mane?"
terkesima aku...ah sudah..bakpe pulak lah..
lg bertambah terkesima apabila beliau cakap pasal penah dukung aku time aku kecik2 dulu..
wahaha~
segan pulak jdnye...
tp, nk bt mcm mcm mane, tu hakikatnye..kata beliau
hahaha
kak shikin kamal pun cakap mcm tu...
aku jumpe kak shikin semula kat FB,
terima kasih la pada picture yg kat atas tu..
(actually, aku ambik pic ni dr FB abg burnt.huhu xbgtau beliau pun hehehe ampun~)
dan sgt2 tak sabar untuk berjumpa kak shikin time nk buat visa nnt..
coz, sy akan stay kat umah beliau..
hehe thanks a lot ye sis :)

ha...yang ni team bola..yg aku still ingt, abg burnt, abg shahrul, abg azam, abg tobek, abang nadzir,abg apret(xtau la btl ke x eja), abg isma...

nota kaki: mereka seme ni dh berjaya semenye...dan dah berkeluarga..salute la~

Thursday, July 22, 2010

Ilusi


Slot Akasia TV3: Ilusi
Hari: Isnin hingga Khamis
Masa : 6.30 ptg

Sinopsis Drama Ilusi Di Slot Akasia TV3
Ilusi mengisahkan seorang gadis bernama Lyza (Diana Rafar)
yang mampu meramal masa depan. Lyza dan Shahril (Ryzal Jafar) berkawan rapat dan saling mempunyai telepati yang mampu membaca fikiran sesama sendiri. Shahril mengambil keputusan untuk melamar dan berkahwin dengan Lyza setelah didorong rakannya, Rizal (Ashraf Muslim).
Sebelum pernikahan Lyza dan Shahril, Lyza mendapat bayangan bahawa sesuatu akan berlaku pada Shahril apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Ramalan Lyza tepat apabila Shahril terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Lyza mula berubah sikap dengan menjadi murung dan selalu mendapat bayangan apabila menyentuh baju2 milik Shahril. Rizal yang juga kawan baik Lyza dan Shahril selalu memberi semangat dan sokongan terhadap Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal (Rizal adalah sgt sweet, romantik, penyayang..sgt2 ske..dh la hensem hehehe) tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

Dengan kuasa telepatinya, akhirnya Lyza dapat merungkai penyebab kemalangan bakal suaminya, Shahril yang telah dirancang.*sbb ap la agaknye ni yek?hmmm
--> kesimpulannya: cite ni mmg best la..(aku ni sbb rizal je sebenarnye..hehe)

Wednesday, July 21, 2010

--adamaya/bencibilangcinta/renjis-


***************************************************
cite2 best yang aku ikuti...die punye actors and actresses mmg best la~
*pnt mengedit pics yg digoogle itu..

***************************************************

'Adamaya'

in my opinion, cite ni mmg sgt2 best..selalu layan cite ni kat Kedai Makan Cuba Rasa milik Abang Lah & Co. kedai ni kat dpn maktab je, so, xde la jauh sgt nk berjalan kan..huhu usually, geng2 meja petak yang takkan melepaskan peluang menonton cite ni ialah: aku, didi zaid,

nuoma nuomi, najwa roslan, tia yaroe,

najmi akmal and nadia imran. hehehe Sein a.k.a Adam


sgt2 sweet and sabar ngn kerenah isteri tersayang, Lisa Surihani a.k.a Maya...

tp, scene yang paling memuncakkan kemarahan adalah apabila Maya berbaik semula dengan Dani yang tak tau malu &kene tangkap time diaorang tengah berdua2an dalam kete..time ni, mmg kami yg tgk,berapi.. (besela org perempuan tgk drama..hehehe emosi terbawa2) ap2 pun, sgt2 suke cite ni, even though,ending die x berapa nak mantap~

nak dengar lagu tema 'Adamaya' - Yang Terindah? *klik sini

notakaki: best nye ad husband yg penyabar mcm ni...ad ke ek?huhu

**********************

********************************************

'Benci Bilang Cinta'

ha...bile jam tunjuk kol 6.30 ptg je...channel akan berubah ke Astro Ria untuk aku, adik aku: Adnin tengok cite ni...best...cite ni mengisahkan hal2 berkaitan dengan hati dan perasaan, keluarga, dendam & dengki, persahabatan dan kepercayaan terhadap diri sendiri, pasangan, keluarga dan org disekeliling mereka...tp, ap yang paling menarik minat aku, ialah: pasangan ini: Baim Wong a.k.a Dimas Subekti

dan juga Marshanda a.k.a Winda yang comel...

mereka berdua ni mmg macam anjing dengan kucing, gaduh je...bukan sbb ap..masing2 tak meluahkan perasaan (that's why cite ni tajuk lagu tema die: jangan benci bilang cinta, coz suruh diaorg ni luahkan perasaan syg masing2 kot...try la dgr lagu ni..)& perkhahwinan kontrak mereka telah membantu untuk lebih mengeruhkan keadaan..tp, at last mereka nekad nak hidup berdikari, tanpa gangguan sesiapa pun, terutamanya ahli kelurga Subekti yang kaya raya tu..keluarga Dimas ni bknlah jahat, just mereka x bagi Dimas ngan Winda jalani kehidupan mereka sendiri..ap2 pun, diaorg ni mmg romantik lah...paling best time Winda salam ngn Dimas sblm Dimas g keje..hehehe

*****************

*****************************************

'Renjis'

Cite ni, aku minat, tp, tgk if ad masa je..coz cite ni time aku study lg...time cuti, kat umah, aku tgk la...huhu tp, mula2, dlam cite ni, aku ske Elyana a.k.a Kirana

dengan Asyraf Sinclair a.k.a Din yang hensem, tp, bile Si Din ni buat tak pandai je nak jaga hati Kirana macam yang Kamal Adli a.k.a Budi

jaga hati Kirana, aku terus tak suke Si Din tu-reject..hehehe ske hati je kan..nasib la..Budi ni ok la, die cool and gentleman...suke la die ni..hehehe romantik pun boleh tahan + caring..(yelah, siap hantar kad 'get well soon' lg kat Kirana bile Kirana sakit)..plus, ni bonus mark, die pandai ambik hati mak Kirana..hehehe bagus2...suke scene last time Kirana cakap die nk ikut Budi, bile Budi tanye nak ikut die g mane, Kirana jawab, mane2 jelah yang awak pegi, sy ikut..awak bawak jelah..ehehehe phewiitt~

menggemparkan jiwa dan raga aku jugak ending die ni, coz aku tertanya2, sape la yang akan Kirana pilih...nasib baiklah Budi..hehehe

notakaki: tula, orang perempuan ni, bukanlah nk yg hensem tp xpandai jaga hati, bukanlah nk yang kaya tp, pentingkan diri...just yag sederhana yang pandai menjaga perasaan and sanggup menerima seadanya...

**********************************

****************************************************************