Tuesday, August 17, 2010

|visa oh visa|

ok,
visa oh visa...
ni dh kali keempat aku check visa aku untuk hari ni...
n jawapannya masih membuatkan dada aku sempit, sukar bernafas...
kerana apa?
kerana...jawapan yang diberi itu adalah:

"Your application is still being processed...bla..bla..bla..."

dan apa yg membuatkan aku lebih resah dan gelisah adalah:
kebanyakan kawan2 aku dh dapat...
adoi...kenapelah ngn visa aku....
hari tu bank draft dh xcukup Rm9.00..
kene la terbang ke MAYBANK...nasib baik la dekat...
kali ni...ap la pulak..
(ok2..jgn mengeluh...xbaik!)

Ya Allah...bantulah permudahkan setiap urusanku....
Hanya kepada Engkau tempat untuk aku bermohon segala sesuatu...
Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah tanpa bantuan dan perlindungan daripadaMu Ya Allah...

Saturday, August 14, 2010

mood: reading

oh lala~
sy sgt2 suka membaca kebelakangan ini..hehe nampaknya, sy kembali aktif untuk menjadi burung hantu untuk menghabiskan novel2 dan komik2 yang berkisar tentang 'love story'
hehehehe

buku ini dihadiahkan oleh Kak Shikin.. sgt2 suke...seriously, tersengih2 aku membaca cite ni sambil membayangkan Edward, Bella, Jacob and seme mereka yang terlibat..hehehe stakat yang aku baru baca, aku ske part ni, time Bella tgh borak2 ngn mak die, Renee pasal die ngn Edward..

"The way you move- you orient yourself around him without even thinking about it. When he moves, even a little bit, you adjust your position at the same time. Like magnets...or gravity. You're like satellite, or something. I've never seen anything like that"

seriously, sgt2 suke...ad mutual understanding gitu..hehehehe
tak sabar nak habis baca...even korg dh habis, jgn gelakkan aku lak..huhuhu *xbaik!

ha...yang ni, aku tak sentuh lg...kalau tak...mmg aku akan jadi excited lebih dgn xtdo bermalam2 untuk habiskan 'eclipse' dan sambung cite ni...aku xsuke bace sket2...aku akan habiskan satu2..huhuhu

nampak mcm best je novel ni...adik aku yg laki bawak balik..hahaha
adoi la..


tggu ye syg...nnt baca...xsabar!!!

(nak2 skrg mood mcm ni...jiwang2, emo2..huhuhu apelah aku nih!!)

aku sgt ske komik ni....komik ni adalah karya "Nakamura Sayumi"...even ni just cartoon, meleleh weh air mata aku..hahahahaha

emo ntah ap2..huhu

sape2 yg suke melayan menda mcm ni, mmg akan faham keadaan aku ni...
n sesape yg xberapa nk faham..
it's ok....
jgn kutuk2, jgn marah2, jgn menyampah2...
hehehehehe
itu adalah hak saya :)

bubye!!nak sambung membaca~

0nce y0u are a SHAHIAN, f0rever y0u'll be

okay, baru-baru ni aku ke KL untuk menguruskan visa dan sepanjang 2 hari aku kat sane, aku stay kat umah ex-student ayah, Kak Shikin...sangat2 berterima kasih kepada beliau dan keluarga beliau yang sangat2 mengambil berat..hehehehe her daughters mmg sangat2 friendly, sangat2 comel...kat bawah ni ad gambar aku ngn 3 lil princesses ni...


kitaorg sebenarnye lame dh xjumpe...last time jumpe waktu aku umur 5 tahun...it means 15 years ago...n baru hari tu kami berjumpa semula...hehehehe
seriously, mcm xpercaya je boleh jumpe semula n bercakap mcm kami xpernah lost contact..hehe

antara yang aku perasan adalah, once you are a SHAHIAN, forever you'll be...hehehe betol...time borak2 ngn kak shikin, memori kat Shah, Pekan adalah antara topik perbualan kami...Kak Shikin ad tanye mcm ni:
"Ade lagi ke bunyi meriam time berbuka?"
hehehehe kenangan tu...masakan boleh lupa...meriah tu...hehehe

macam yang aku baca yg Shikin Zulkifly post kat wall die:
"ramadhan menjelma lagi..rindu zaman berpuasa kat shah pekan..berkumpul kat dewan makan,menanti bunyi meriam..dummm...lantas terus kedengaran suara budak2 kelegaan..'ting..ting',bijik kurma dicampak ke pinggan ksong.."

kenangan time sekolah mmg susah nak dilupakan...kene marah ngn cikgu ke, xsiap keje kene denda ke, cinta monyet ke, macam2 la...tp, memori tu seme la yg menjadi kenangan bile berbual2 ngn kawan2...huhu

rindunya suasana time kat sekolah dulu!!
kalau la ad mesin masa boleh turn back time..wohoo best!!
hehehe *excited!


ap2 pun, kepada anda yang still bersekolah, hargailah masa2 anda bersama kawan2, belajar elok2 n live your school life the fullest:)

::: put a hold on it :::

whatever it is, you are so lucky that I am not that cruel to say such words to you...don't worry, if you really want to experience the degree of my egoism, I'll show you, my dear...don't worry...There's NO W.H.I.T.E flag for me to wave up...huhuhu

& about my status in Facebook, I know, it hurts you right? It hurts you that much that you felt like you want to build thousands of barriers between us right?whatever it is dear, i really want you to realize few things...It's okay...I believe you will...*hope so =.="

Friday, August 6, 2010

Hidupkan sunnah bersahur~



Source: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, SOLUSI Isu 22, pg 12-13

Jikalau ANDA berada dalam situasi sebegini:

"Saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper sebelum tidur..Adakah ini dikira sebagai sahur?"

Anda rasa, apakah jawapannya?

Menurut apa yang saya baca, sebenarnya, amalan itu bukan supper, tapi, suffer..ini adalah kerana, sistem penghadaman seseorang menderita pabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur..
-jadi, J.A.N.G.A.N amalkan ya?

Tambahan, menurut Sheikh Ibrahim a-Bajuri dalam kitabnya Hashiyah al-Bajuri,
"Waktu sahur bermula pada separuh masa kedua malam, maka, malam sebelumnya tidak mendapat pahala sunat..."

apakah sebenarnya berkat bersahur ini?

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

(riwayat al-Bukhari)
dan keberkatan ini diperoleh kerana beberapa perkara:
1) mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
2) menyalahi(tidak menyamai) kaedah ahli kitab
3) tambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
4) elakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
-mana lah tahu lapar kan, curi-curi makan di dapur hehe
5) menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
6) dapat berniat puasa bagi yang terlup
a untuk meniatkannya sebelum tidur
(source:Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya: Fath al-Bari)

Jadi, semoga Ramadhan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi akan diserikan dengan amal dan ibadat & selamat bersahur!







Wednesday, August 4, 2010

semoga Allah merahmati arwah....


wah...seriously, aku tak boleh tahan bace post ni...sampai skrg ni pun, air mata aku xhenti2 tumpah...aku yg xde kaitan pun boleh mcm ni, apatah lg la yg menghadapi dugaan tu...

ye, dugaan kehilangan insan yg tersayang yang bnyk memberi impak kepada hidup ini, itu mmg perit dan pedih untuk diterima...ketabahan dan kekuatan jiwa yg senipis kulit bawang xkan bisa untuk menimbuskan kesedihan, keperitan yg dialami... mane mungkin sebegitu mudah untuk melupakan setiap kenangan yang tercipta...

namun syg, ingtlah, Allah tidakkan menduga kamu dengan ujian tersebut seandainya kamu tidak bisa untuk menghadapinya...aku doakan penulis warkah,miss byah, akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini...sesungguhnya, Allah lebih mengasihi arwah...


*al-fatihah






Tuesday, August 3, 2010

untukmu,sahabat~

-terima satu mesej yg menggembirakan hati + membuatkan aku merasa betapa persahabatan itu terlalu indah itu dibandingkan dengan apa pun..

-terima kasih kepada anda yang bergelar sahabat untuk ingatanmu itu ..sangat menghargainya...

-semoga persahabatn kita tetap utuh walau tidak pernah bersua muka, kerana persahabatan ini mendapat tempat yang istimewa di hati ini :)

mood:sgt2 gembira ^^

Sunday, August 1, 2010

it's 5.07 am now..
wanna sleep for a while
GOOD NIGHT!

long distance relationship

Soalan: BF ikot fly jugak ker?

boleh tak kalau sy nk jwb "ikot", just untuk menggembirakan hati sendiri..
tak boleh...tu tak benar..
ad tak sape2 yg ad power boleh dekatkan antara UK ngn MALAYSIA?
kat mane ye nak dapat duit nak beli CONCORD untuk ulang-alik dr UK ke MALAYSIA?

xpelah..it's a challenge and let's see how we can deal with it!
gambattekudasai!!

"Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss."

Read more: http://www.lovingfromadistance.com/quotes.html#ixzz0vHw6zSSZ

(tidak mahu yg dibawah ini berlaku)


:::::jauhkanlah ini daripada kami::::

penghangat kedinginan malam

saat ini, hanya dikau penemanku, menghangatkan diri ini yang dimamah kesejukan malam,andainya kau tahu betapa kumenghargaimu, betapa dalamnya perasaanku terhadapmu,pasti dikau akan tersenyum...
(khas untuk 1 jug air teh yang menemani aku *hehehehe)
seriously, aku sangat2 menggemari air teh ni...time belajar di maktab, memang wajib ada stok uncang teh dalam gobok huhu family aku pun sekarang ini minum air teh sebagai ganti kepada 'caffeinated drink'...sambil aku minum air tadi, aku terasa macam nak menambah pengetahuan aku mengenai kebaikan teh..pernah suatu ketika dahulu, aku terbaca pada banner di hospital, 1 cawan air teh tanpa gula adalah bersamaan dengan 0 kalori...yelah, takkan lah nak minum xde gula...letak lah 1 sudu kecil, sudah memadai...
dan berikut merupakan beberapa fakta kesihatan yang menarik yang aku baca adalah teh diperkaya dengan:
1 - Vitamin B (*kekurangan vitamin B boleh dapat penyakit beri-ber)
2 - Vitamin C (*berfungsi sebagai antioksida & bantu penyerapan zat besi)
3 - Vitamin E (*bantu cegah kanser)
4 - Vitamin K (*mempercepatkan pembekuan darah -luka)

* quoted from:http://kesehatan.kompasiana.com/group/makanan/2010/06/27/vitamin-untuk-tubuh-manusia/


Dan kalau nak tahu, vitamin B2 dalam teh ni adalah sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding yang terdapat dalam bijirin dan sayuran. Dua uncang teh hijau mengandungi vitamin C yang sama dengan segelas besar jus. Then, teh juga dapat meningkatkan daya melawan penyakit, membantu dalam penurunan berat badan (teringat bahawa seorang senior aku, Kak Intan pernah menegur aku ketika aku sedang menikmati air teh 'o' limau suam aku di cafe maktab : "Una ni jage badan?selalu tengok minum air ni" huhu) dan boleh membantu meredakan panas badan..(memang betul, try lah, selepas beriadah, minum air teh suam..berpeluh dan cepat sejuk rasa badan)

sumber:http://www.tipsdanpetua.com/amalkan-minum-teh-hijau-setiap-hari/#more-131

apakah pendapat anda?berminat?cubalah!!