Friday, August 6, 2010

Hidupkan sunnah bersahur~



Source: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, SOLUSI Isu 22, pg 12-13

Jikalau ANDA berada dalam situasi sebegini:

"Saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper sebelum tidur..Adakah ini dikira sebagai sahur?"

Anda rasa, apakah jawapannya?

Menurut apa yang saya baca, sebenarnya, amalan itu bukan supper, tapi, suffer..ini adalah kerana, sistem penghadaman seseorang menderita pabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur..
-jadi, J.A.N.G.A.N amalkan ya?

Tambahan, menurut Sheikh Ibrahim a-Bajuri dalam kitabnya Hashiyah al-Bajuri,
"Waktu sahur bermula pada separuh masa kedua malam, maka, malam sebelumnya tidak mendapat pahala sunat..."

apakah sebenarnya berkat bersahur ini?

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

(riwayat al-Bukhari)
dan keberkatan ini diperoleh kerana beberapa perkara:
1) mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
2) menyalahi(tidak menyamai) kaedah ahli kitab
3) tambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
4) elakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
-mana lah tahu lapar kan, curi-curi makan di dapur hehe
5) menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
6) dapat berniat puasa bagi yang terlup
a untuk meniatkannya sebelum tidur
(source:Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya: Fath al-Bari)

Jadi, semoga Ramadhan yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi akan diserikan dengan amal dan ibadat & selamat bersahur!







No comments:

Post a Comment