Friday, March 4, 2011

Fadhilat Surah Al-Mulk

1. Memperoleh Syafaat
.
Daripada Abi Hurairah ra. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)"
.
2. Sebagai Sahabat dalam Kubur
.
Daripada Anas ibnu Malik berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi".
.
Maka apababila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah swt. Dan mintalah syafaat daripadanya.
.
Maka diapun (surah) menemui Allah swt dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi, padamlah saya dari kitab-Mu. Allah swt berfirman, "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya sy marah." Allah swt berfirman: "Pergilah sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat ke atasnya."
.
Nabi saw bersabda:" Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati.
.
Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.
.
Maka surah itu bersama si mati salam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian."
.
Anas berkata: "Apabila Nabi saw khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw memanggil surah ini Al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan"
(HR.Ibnu Katsir)
.
3. Terhindar dari Seksa Kubur
.
Daripada Ibnu Abbas ra berkata seorang sahabat Rasulullah saw telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda saw dan berkata: "Wahai Rasullullah saw saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia membaca surah Al-Mulk sehingga khatam."
.
Nabi saw bersabda itulah yang menahan, yang menyelamatkan dia daripada seksaan kubur.
(HR. At-Tarmizi)
.
Daripada Jabir ra sesungguhnya Rasulullah saw tidak akan tidur sehingga beliau membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk.
(HR. At-Tarmizi)
.
Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.
.
4. Terhindar dari Api Neraka
.
Daripada Ibnu Abbas ra berkata: "Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!"
.
Beliau Ibnu Abbas berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada seksaan kubur.
.
Dan Nabi saw bersabda: "Saya suka kalau surah ini dalam hati insan dari umatku."
(HR. Ibnu Katsir)
.
sumber: Fadhilat Amalan Surah-Surah Utama terbitan Al-Falah Publications
.
semoga surah ini menjadi penyelamat kita ketika kita bersendirian di dalam kubur dan menjadi penyelamat daripada api neraka...insyaAllah...selamat beramal.. (^_^)

No comments:

Post a Comment